Friday 19 April 2013

Percubaan Baru



Assalamualaikum sahabat, kawan, dan insyaAllah saudara saudari se-Islam saya :)

Saya masih baru di dunia Blogging nie. 
*Ok , finee, tipu. Sebenarnya , dah banyak kali buat blog, tapi lupa password. 
(taklah bnyak sangat, ada laa dalam 3 kali? sikit ja kan ?hehe)
Teruk.Teruk. Anak sapa nie ? Ish3x. *Tengok tuu, salahkan mak ayah pulak. Tak baik tau.
Sudah cukup sudah. Enough with the nonsense. 
Ok, let me introduce myself. Jeng . Jeng. Jeng. Pantun sikit. 

Nur Hafizah nama diberi, 
Anak jati Jelapang Padi, 
Banyak impian tersimpan di hati, 
Moga semuanya dipermudah Ilahi.

Krik.. krik. krik.. Ok, fine.. boring... Maaf , bakat sastera kurang dalam diri. hehe

Tujuan  saya mendaftarkan diri semula di laman Blogspot.com, sesungguhnya adalah kerana 
bagi mengisi masa lapang saya yang tersangat lapang akibat telah secara rasminya bersara 
dari pengajian Asasi di Uitm Puncak Alam pada tanggal 5 April yang lalu. *hukhuk. sedih tau. :'(
Di samping itu, diri ini sedang cuba melatih diri memperbaiki skil penulisan 
yang mungkin berguna (InsyaAllah) untuk impian dan cita-cita saya. 
Apa cita-citanya ? *sentiasa berubah tapi Alhamdulillah dah nampak sinarnya sekarang.hehe

emm. apa nak cerita lagi ehh ? Saya anak sulung dari 5 beradik. 
Haaa! Soalan cepu mas! Apa perspektif anda pada anak sulung ?
Mesti kuat membuli kan ? Atau pun cengeii. *Haa, tau dak cengei tu apa? Cengeii = garang. 
Haishh, tak baik tau buruk sangka, anak sulung baik-baik ja tau. 
*fizah ooi, yang hang buruk sangka kat depa takpa pulak. depa xcakap apa pun.  hang yang cakap. -__-

Emm. lagi apa ehh? nie kena bagitau, budak suka merepek nie ialah 
cahaya mata kepada "sweet couple" Encik Mohd Suhaimi dan Puan Rohaya. 
Ada seorang adik perempuan, dan 3 orang adik lelaki. 
Semuanya comel-comel macam kakak depa. 
*Oops. Tak baik riak even benda betui.hehe
Adik-adik saya ialah (nickname ja la ya? hehe):
pada saat entri ini ditulis:

-Nadhirah 17 tahun (ambitious, ketegaq sikit, degil-degil manja gitu, *adaa ehh ? -__- )
-Uzair 15 tahun  (pe'el dia lain sikit dari yang lain, kalau dia nak sesuatu, mesti akan usaha sampai dapat)
-Irfan 12 tahun (hat nie "genius" sikit dari kakak, abang, adik dia, serba-serbi lebih, aktif sungguh kat sekolah dia)
-Aiman 10 tahun (manja teramaattt, anak bongsu kan.. tak heran laa, pandai tapi kurang kerajinan, cuma satu dia hat paling comei laa antara semua *hat nie kena ngaku )

nampak dak tugas yang tergalas sebgai cikgu tuisyen tak berbayar depa niee...
tiga sekaligus. UPSR, PMR, dan SPM kott. Redho ja laa.

Btw, nak tackle depa maih jumpa kakak depa yang cengeii nie dulu. 
*haaa. kantoi kan dah ngaku cengeii. :P

Tu ja kott.. Nak cerita pasai kawan-kawan. Ceqq ramai kawannnn. 
*Wahh, bajet dia famess pulak.  -____-
Haaa, sebelum terlupa, mungkin ada yang tertanya apa konsep blog? 
*bajet, sapa ja baca blog hang, fizah ooi, hehe
Konsep tu , mungkin konsep santai. 
Adalah menjadi impian patik mewujudkan blog dakwah santai 
sebagaimana blog Eternal Love Seeker.
Masih mencuba ke arah tu. Tapi insyaAllah dalam gaya tersendiri. 
Maaf, mungkin banyak kemerepekan. Tapii...
Akan cuba mempertingkatkan kematangan dalam penulisan . InsyaAllah. 
Doakan saya ya :)

InsyaAllah, mungkin entri selepas nie, kite cita pasai kawan-kawan kite. 
*mau adek ceqq baca, dia kata kakak dia "khianat" kedah. hehe
Mula dari hat paling masih segar dalam minda, *ya Allah, bahasa, maaf cikgu ku tercinta -___-
mestilahh kawan-kawan Asasi, dan lepas tu Maahad, 
kalau rasa cam ingat lagi, sekolah rendah plus tadika kita cerita sekali. hehe

Ok, tu ja kott. Maaf atas kemerepekan melampau.

Apapun, sentiasa ingat :
Allah bagi kita "kuasa". Kuasa tangan, kuasa mulut, kuasa hati. Guna sebaiknya. 
Kuasa di tangan anda. 

Assalamualaikum :)